Friday, September 9, 2011
8-9-98
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya!!
Friday, August 19, 2011
Sepasang kurung biru
Tetiba emo je rasa bila dengar lagu raya kat radio pagi ni..lagu Aishah, punya la tangkap syahdu tapi aku tak tau tajuk dia apa... dan tetiba jugak teringat lagu faveret aku ni... i like it not because of the lyric tapi the melody... bessssttt sangat aku rasa dengar melody dia dengan bunyi piano and all that. I'll put it here so that aku boleh dengar banyak2 kali. Kalau nak tunggu lagu ni kat radio memang jarang la... tak tau kenapa. maybe because lagu ni tak mencerminkan raya sangat kot...
Btw, it's about 10 days to raya.. rasa2 aku kena p servis kereta tak? mileage dah 7k lebih tu. By the time nak balik raya rasanya dah cecah la 10k. Kena pergi service la tu kan...
tetiba rasa weekend ni nak p beli baju raya sepasang lagi...nak beli warna biru la kot. tetiba jiwang kueng kueng kueng...
Monday, August 8, 2011
2nd Floor, Adm1, SZBAP. Monday 08 Aug 2011 @ 01:50AM
what am i doing here at this hour?
Guess it's normal for some people, especially yg kaki clubbing but not for me...
Used to do this few years back when i was in Operation. Thot that i'm not gonna do it anymore.
"But sorry... u can't escape!"
Reached one of the critical stage in this project. We've asked the whole team to be here. Yes they are here but somehow not talking to each other. what for?
The solution architect is also here but buat dekk je... hangin plak aku tengok.
Dah dekat 2 jam dah ni... ke korang nak tengok aku mengamuk? nanti bila projek dah setel, jgn kata aku saja2 rate korg ikut suka aku. memang kenyataan.
am observing!!
cont later...
Wednesday, July 27, 2011
5 sec entry
Jaki betul tengok pemandu2 tak berhemah yang suka potong queue dan jugak yang suka drive kat emergency lane. Few times aku tengok motor2 kapcai ni menyasar masuk longkang because of this kind of driver.
Almost yang keluar pagi semua tu nak pergi kerja, kalau ko rasa nak cepat sampai, ko keluar la awal sikit...so.... takdelah nanti ko menyusahkan orang lain. Faham????
i've told u... it's a 5 sec entry..
ciao!
Friday, July 22, 2011
Gualogy
wallalla... in a meeting but nvm, just wanna have a very short update
i know..i know... i've googled it, there's no such word. Don't know why was it suddenly came out my mind this morning. Ok lemme just create a definition for it.
Well...
Gua - i wud say bahasa kasar for SAYA, anyway it sounds good bila dicantumkan dengan logy, right!. Kalau SAYALOGY macam tak best je kan..
While suffix -logy means a study about something
bimakna...eh tetiba arab la plak
GUALOGY means a study about myself
That's what i wanted to do now...
to get to know myself better
so that i can be a better person
Wednesday, July 13, 2011
Merapu the series
Monday, July 11, 2011
Lumba-lumba merah jambu di atas pokok?
Thursday, July 7, 2011
7 July 2011 - Happy 8th Birthday Dear!
Wednesday, June 22, 2011
Susah ke ...
Thursday, June 2, 2011
Happy 15th Anniversary @ June 2, 2011
Friday, May 27, 2011
Lollipop & Mariah Carey
Salam World!
How u guys doing? Setiap yang terjadi tu ada sebab dan musababnya. Baik ke buruk ke, mesti ada reason behind it. Jangan cepat melompat suka bila sesuatu yang baik berlaku dan jangan pulak cepat melatah bila yang sebaliknya pulak terjadi...semua tu ujian dan dugaan Allah kepada kita hambanya.
Just nak share a story that i've seen while driving to work this morning. Biasa la bila stuck in traffic jam, aku suka tengok gelagat orang kat kiri kanan depan belakang kereta aku. Tiba2 terpandang satu scene yang mulanya aku rasa...ish apa la orang tua tu... tapi lepas tu aku rasa kelakar pun ada... "A pakcik, rasanya age dlm 50+, berjanggut berjambang dan berkopiah, driving alone sambil makan lollipop kaler2 macam gambar kat atas tu"
Korang imagine je la sendiri ek...aku tak sampai hati plak nak ambik gambar dia n post kat sini. Aku terfikir 1 thing je...mesti tu cucu dia punya tertinggal dlm kereta, nak buang sayang, kalau tak makan kang bersemut plak tinggal dlm kereta tu....so makan je la....
ke memang dia suka lollipop.... dia n Allah je yang tau...
Worait...before start kerja pagi ni, let's listen to this song first. 1 of my fav...
Monday, May 16, 2011
Mr Bean episode 5 part1
ada ke patut VP kami cakap that we have to be like mr bean? - gosok gigi, pakai baju, kasut semua sambil driving... patut ke? Yes it's true that we are driving this project sambil tu kena make sure other projects align with ours and no impact to bisnes tapi jgn la samakan dgn mrbean plak... lemas aku lah!
tak pasal2 anak aku gelak guling2...hahaha mak jadi mrbean!!
nevermind lah.. layan je la mrbean kejap...
sat..sat...kalau kami mrbean, VP kami tu director mrbean la ek! joker!
Thursday, April 28, 2011
Senyum! worth a thousand words
suka sangat lagu ni...dan video nih sungguh cute!
enjoy!
p/s nampak beno aku takde kerja hari ni ek...
Spiderman, is building the net!
..alahai dah penuh labah2 rumah ni...
Salam world!
dun ever start ur story dgn bz! bz! bz!
ingat kau sorang je bz??
habis tu apa kau dah buat for the past few weeks sampai rumah kau ni jadi macam ni?
hmmmm.....
We got! We got it!
eh not me got it...
They got it!
They who?
Welcome on Board!
!cheers!
p/s thank you atuk google!
Wednesday, April 6, 2011
Melawan Kesepian
still in the midst of "terjah'ing" (eiii rosak bahasa....) all the gangs yang join segment mrben. Ni pun salah satu cara melawan kesepian gak ni... virtually jalan2 sambil cari kawan baru kannn...
Masuk and follow 1 blog (1 of the commenter dekat my blog ni), Cik Riza nama dia, ni blog dia "Cik Riza Punya Citer". tagline kat header dia tulis "apa pun yang berlaku, jalan lah tanpa henti..."
Tiba2 teringat 1 lagu datuk siti dalam drama "Wadi Unung" kat tv sometimes back, best cerita ni...aku suka.
Layan je la lagu ni ek....
Tuesday, April 5, 2011
Duda terlampau
Salam world!
wahhh sensasi tajuk kau hari ni....
kisah sorang duda terlajak (heheh bukan terlampau ye...)yang mempunyai seorang anak dan mempunyai cita2 untuk mempunyai anak yang ramai, he wanted to at least tambah enam orang anak lagi therefore he is looking for calon isteri yang sanggup bersama2 dia untuk mencapai cita2 murninya.
A bit about him...
- berbangsa cina tapi he is willing to convert if the calon is a muslim lady
- berumur between 40 to 50 (dah tua sikit tapi belum senja)
- bekerja sebagai seorang IT Architect in the national airline company kat malaysia ni
katanya.... dia dah sediakan segala2nya untuk calon isteri...rumah yang dah lengkap dan jugak kereta sebijik (kalau ada yang rasa nak mintak more, tu korang kena nego sendiri with him lah ye...aku tak campur dah)
Kriteria yang dia cari...
- seorang perempuan (definitely lah kan mesti perempuan :D tak kisah anak dara or mak dara), tak kira bangsa or agama apa, yang masih sanggup untuk memberikan dia sekurang2nya enam orang anak (bukan anak ekspress ye..).
hey this is true.... i am not tipu ok! sekadar tolong menyebarkan hasrat seorang colleague.
Tolonglah sebar2kan ye.... kalau korang ada calon, jangan malu2...contact i ye!
Monday, April 4, 2011
GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA
mrben kata "Untuk join , sila buat satu entri sangat ringkas ... " so... z-ni, behave urself, jangan sibuk nak merapu kay!
Nak tau lebih lanjut pasal this segment, klik SINI
tapikan...boleh tak aku nak cerita sikit je...promise sikittt je.... konon2 nye aku susah nak tido malam tadi, terlebih makan durian....hambik kau, panas tak tau nak cerita...so layan la abpbh. dalam dok layan bleh plak aku tertido sebelum dia habis tu. hampeh betul, terlepas aku nak tengok datuk siti nyanyi..
Sunday, April 3, 2011
Rasanya time ni aku cuma sempat to post n n3 je. To readers/followers yang sudi singgah, jenguk, jengah n tinggalkan tapak kasut, terimakasut eh terimakasih banyak2. Aku memang teruja nak lawat korang jugak dan aku akan cuba sepenuh jiwa raga bakul aku untuk lakukannya.
Sikit je benda yang aku nak share hari ni, pasal tahi lalat (hishh najis... kata si adik). Aku petik aka songlap fakta ni dari majalah readers digest april2011.
Katanya..mereka2 yang mempunyai banyak tahi lalat didapati melalui proses penuaan kulit yang agak lambat, pendek kata kulit awet muda kau...
dan katanya.. sekumpulan penyelidik di king's college london mendapati mereka2 yang mempunya banyak tahi lalat juga dikurniakan dengan tulang yang kuat. katanya juga mereka2 yang mempunyai lebih drpd 100 tahi lalat dibadan mereka mempunyai kebarangkalian kurang daripada 50% untuk mendapat osteoporosis
kenapa boleh jadi macam tu ek..?
Didapati, mereka2 yang ada banyak tahi lalat ini mempunyai "telomeres" yang lebih panjang. Apakebenda telomeres nih? bundles of DNA yang didapati pada hujung kromosom in all cells. Telomeres jugak adalah penunjuk biologi for tahap umur kita.
btw, people with banyak moles ni memang berisiko utk dapat kanser kulit tapi at the same time kebaikannya tu lah... melambatkan penuaan.
so... mana satu korang pilih...
Thursday, March 31, 2011
:( VS :)
before aku teruskan bw, lemme post an n3 dulu. Yesterday, on d way to klia to pikap my mak abah balik umrah, follow 1 lori bawak 'lembu 2 ekor' (hmmm ke sepatutnya 2 ekor lembu??). Cikgu BM...tolong betulkan...
Aku rasa diorang nak bawak lembu tu untuk disembelih kat mana2 kot. Yang aku geram tu sebab aku try to snap dialembu (bukan diorang ye...) nye photo tapi pehal tah lembu2 tu malu2 plak, asyik tunjuk backside dialembu je. Maybe dialembu rasa dialembu seksi possing macam tu kot kuikuikui.....
Since aku tak mau la aku nye n3 asyik plain je...so aku pun kidnap gambar ni from atuk google.
Lembu oh lembu...apsal muka kau sedih je... raya korban lambat lagi....
okeh enuf cerita lembu. I got a gud news!!!! Mintak mahap not for u guys ye...
Aku ada post n n3 pasal ni dulu, baca SINI.
Today early morning, we finally got to the end of the war oredi. It was between "3-letter code Co." and "4-letter code Co". Based on semalam nye Board meeting, they have decided to give the project to the "3-letter code Co." !!!!! Yeyyyyyyyyy!!!!!!
Ini dah kira official dah ni tapi since CIO belum buat announcement lagi so aku pun taknak la lebih sudu dari kuah kan... tunggu my next next n3 ye!
Cop! Cop! bagi can aku nak melompat n sengih lebar2 sekali lagi...hepi sangat2 nih!!! Yihhhhhaaaaaaa!!!!!!!
Wednesday, March 30, 2011
DECO DECO BENG BENG BOONG
2nd n3 for the day... mrben nye pasal la ni. Nape tah rasa enjoy plak join segmen2 ni sume. Cepat lak tu aku terperasan pasal segmen baru nih. Since aku rasa aku ni pun blogger baru...so aku pun dengan besar hati besar hidung nak join gak la segmen nih
Tapi layak ke aku?? Aku bukan nye jenis creative enterprise nye orang and not even dalam hati ada taman kind of person. So aku rasa blog aku ni tahap yang tersangat la biasa2 aje. Bunga2 jauh sekali...tak berapa rasa nak minat. Tulisan gulung2 pun mintak mahap ye... aku biasa tulis report je tak biasa tulis surat cinta. And i am not going to add all that just because nak join segment deco deco nih.
Sebagai memenuhi syarat2 sah penyertaan, ni dia header mrben nye page n linked to his blog
Dah setel... so.... terima lah daku seadanya...chewahhhh !!!!
Demi Masa ...
aku rasa ada sikit gatal nak cerita satu story, pasal kawan n also jiran yang masih lagi jiran, tapi dah tak berapa nak kawan. Ini bukan sesi mengumpat ye sebab korang tak kenal pun siapa aku kan (maksud aku the real aku), so maknanya korang pun tak kenal siapa jiran aku tu. So cerita ni is more sebagai pengajaran.. bukan suka2 hati aku nak ngumpat ok
Once upon a time... chewah!
Dolu2.. life diorang biasa2 je... pakai kereta wira, ada rumah sendiri, anak 5 orang, husband keje, wife surirumah, kira dah complete lah tu kan, cantik je nampak. Dulu aku suka jugak tengok cara diorang especially the wife, cantik, tak sombong, suka tegur2 jiran, suka hantar2 makanan kat rumah jiran (heheh yg ni aku paling suka). Cuma yang tak best sikit diorang pun suka jugak pinjam duit dengan jiran2 or kawan2, mungkin diorang ada masalah sikit bab tu kot. Tapi tak kisah la kan, time orang susah kita tolong.. tu la guna nya jiran dan kawan.
Lepas tak berapa lama, tup2 tukar kereta baru (bmw kau...), pagar rumah dah naik tinggi jadi macam pagar penjara pudu pastu dah tak berapa nak tegur kawan2 lagi dah. Kenapa ye diorang jadi macam tu? entah la... For sure aku rasa rezeki diorang murah masa tu, kot2 husband dapat projek besar, so mashuuukkk, as a result boleh la diorang hidup bermewah2an. Kitorang ni tumpang happy je tengok cuma yang tak bestnye hutang jiran2 dan kawan2 ada sikit liat mau bayar.
Ada la few kawans yang tried to get back their money, ye la...dulu kau susah aku tolong kau, sekarang ni aku pulak tengah sesak and since kau dah senang, tolong la bayar balik hutang aku. U know apa dia jawab? Tak tau? Jap la aku nak cerita la ni....sabar ye.... mesti jawapan dia... ooo duit belum masuk, customer belum bayar lagi for the project sekian2. ooo cheque belum clear, minggu depan kot baru dapat.. lepas minggu depan minggu lagi satu lepas tu bulan depan, end up dah setahun... tak setel gak hutang.
Sekarang... again aku tak tahu apa dah jadi, tetiba lifestyle dah tukar balik. BMW dah entah kemana. Now pakai iswara yang dah pudar kaler dan kemek merata2. Wife dah tak nampak batang hidung lansung, asyik terperap je kat rumah. Anak2 dia dulu selalu gak main2 depan rumah, sekarang dah tak nampak muka semua.
Aku kesian tengok cara diorang sekarang. Tapi aku tak tau nak bantu macam mana...
Moral of the story.... mesti korang pun dah tau dah ayat sempoi ni... syukur lah dengan apa yang ada. Ingat semasa ada sebelum hilang semua.......
kan ada lagu Raihan macam tu...
Tuesday, March 29, 2011
Hey Ladies!
Hey ladies...camne boleh jadi hot topic pagi ni? Betul ke ladies driver macam tu?
Well aku rasa mungkin betul tapi definitely tak semua. Dari kacamata aku (aku memang pakai spec ok) ada segolongan lelaki yang boleh masuk this kategori jugak.
Drive pergi balik kerja everyday, memang selalu jumpa kes2 macam tu dan secara purata...yang aku nampaklah, it's about the same. Sama je tak kira lelaki or perempuan, ada yang perangai agak kureng time driving.
Yang aku paling hangin pada yang tak reti2 nak bagi signal especially bila nak tukar lane or nak masuk simpang. Susah ke? nak kena bayar ke? aku rasa dah pakej dah, bila beli kereta mesti ada lampu signal, kan....
Tu cerita petang semalam, yang tetiba overtake orang without signal. Pagi ni pulak, aku tak tau la, agaknya ada orang yang jenis suka keluar makan angin time2 orang lain sibuk nak pergi kerja ni kot. Dah la selo melo, boleh pulak dok kat tengah2 jalan. And u know what... driver nye lelaki, orang muda lagi. Sometimes aku excuse jugak driver macam tu, especially bila the driver is pakcik/makcik yang dah tua2 tu. Sabar je la... lagi pun aku bukan nye tengah rushing. TAPI...kalau time tu aku nak cepat.... siap la, aku redah je..
Monday, March 28, 2011
GEGAR BLOGGER BARU
1.Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) .. Ni gambar yang aku bekenan
2.tajuk : GEGAR BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini .. Dah link....
3.Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ? Kenapa aku pilih gambar tu? Aku malas nak beriye2 mencari gambar or nak belek satu2 kat mrben nye archived n3. the moment aku julingkan bijik mata kat keliling mrben nye page, aku nampak "Bionic Gym". aku memang suka bionic man so terus ler aku klik situ. Aku browsed thru all the gambar in there... waaa sume gambar mamat2 body builder la la la, gambar yang perut builder je pun ada gak kuang3x...takyah la aku mention yang mana satu ek. Ting tong..aku nampak gambar 1 mamat baju biru tengah eksesais sambil jeling perut mrben, terus aku terberkenan kat gambar tu...agak2 apa benda la mamat baju biru tu fikir bila dia tengok perut mrben ek? Korang nak tau tak? nak tau tak? mana la aku tau, aku bukan ada dengan diorang masa tu.... mrben...tolong tanya sket kat mamat baju biru tu amende sebenarnya yang dia tengah terjah kat perut mrben tu.... ni link to this post ..SINI..
4.Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
membaca and menulis is from kecik2 nye hobi. pantang jumpa buku, sampaikan gurubesar sekolah nye diari pun pernah aku conteng tulis sajak(gurubesar tu abah aku la...). Aku jadi blogger sekarang sebab nak satisfy kan hobi menulis aku. kalau ada orang nak baca dan suka cerita aku, aku pun suka jugak lah. tapi kalau takde yang nak baca pun aku nak buat camne, takpelah....sebab aku menulis more untuk kepuasan diri. lagi satu hobi aku bermonolog. so daripada aku ting tong kepala otak cakap/fikir sorang2 baik aku tulis kat sini. ei ei...cam s*w*l je kan....
5.Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..
not tiap2 hari aku masuk tapi setiap kali ada peluang, yang pasti the 1st blog aku akan terjah is salam2benua next - blog DTS, cikmatgebu kita and also blog mrben (sori ye mrben, ur blog jatuh tangga ke-2suku in my list) next - blog si haniszalikha (inibelogsaya) next - blog mak si hanis zalikha (nanirostam) nextnextnext - kalau sempat... others in my bloglist
sekian terimakasih
Pagi Isnin yang Biru
Dah janji cantik dah malam tadi, pagi nanti nak bangun awal, nak pergi sekolah awal.
Sooo bersemangat!
Good morning!!
a bit liat tapi still ok.
Eventho the movement ada sikit slow tapi since it was still quite early, so layan je lah. Dah pakai baju sekolah cantik2 tup2 getah ikat rambut yang dia biasa guna tu tak jumpa cari.
Dah start dah..... nasib baik ada yang lain tapi it still didnt manage to bring back her mood. she is a kind of person yang kalau dia suka something, yang tu je lah dia guna.
Well aku tolong ikatkan rambut dia and showed her that pakai yang mana2 pun sama, still boleh buat rambut dia kemas berikat. Tapi airmata mengalir non-stop jugak, aku tau dia still tak puas hati,
tu yang aku tak tahan tu...
She only had half cup of her susu je this morning tapi dah bekalkan dia roti n ribena for recess. Since muka still tak ceria, sogok pulak dia dengan gegula. ada senyum sikit tapi kejap2 expression muka tukar. smile and frown.. smile and frown, depends on lawak tak berapa cerdik yang aku buat to tackle her. last2 berjaya jugak keluar rumah...
otw to school..
suddenly dia sambung nangis.
alaaa apahal pulak ni...? Dia kata taknak pergi sekolah, malu...sebab dia menangis, nanti kawan2 ejek dia.
Pulak dah... ok takpe.
Kita round2 dulu kejap bagi hilangkan bekas nangis tu. She agreed and she looked ok. So bawak pusing2 dulu sambil2 hantar barang dia kat nursery
(for her sekolah petang).
Alamak dah 7.25, dah lambat ni...alaaa she cried again...aku kata takpa, ada lagi budak lain belum sampai, dia nangis jugak tapi sambil tu dia ambik jugak beg and masuk pagar sekolah. Before that dia salam n peluk cium aku sambil nangis...sedih pulak aku rasa. Dia suruh aku tunggu sampai dia masuk kelas so that she can byebye me from the window. aku layan je, tunggu kan je la....
alaaa dia nangis lagi la sambil lambai tangan. Bila tengok dia macam tu aku pun nak nangis...
chesss sentimental karat.
Memang aku rasa tak sampai hati sangat, tapi aku teruskan jugak drive pergi kerja. rasa macam nak je aku pusing balik n peluk dia.
Friday, March 25, 2011
Cloud 9
Alhamdulillah syukur Ya Allah!
Baru je sat ni aku mengeluh sebab the last payment yang aku dapat was for Dec2010. Bulan 1 nye payment pun tak dapat lagi ni... gaji riban riban pun tapi kalau 2-3 bulan sekali baru dapat, haru jugak weii......
Tup2... my prev company nye HR called kata ada 'team award bonus' yang diorg belum bagi lagi masa kitorang semua quit from that company aug last year dan DAH pun di bank-in kan kat kitorang nye akaun masing2. Apalagi, terus check M2U.... weiii betul la... ada la.... yiiihhhaaa!!!!
Rezeki terpijak la ni, walau pun tak sebanyak gaji tapi at least boleh gak buat aku senyum lebar sampai ke telinga. Boleh la aku belanja family makan bbq stimbot kat kuang. Favourite si Kakak ni, bila tanya nak makan kat mana mesti dia sebut nak makan kat sini. Meh aku promote sikit tempat ni...
LOKASI: Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang , Sg Buloh
WAKTU OPS: 6.30 PETANG - 12 MALAM...
TEL: 0178800627 (kalau nak booking sbb malam minggu selalu penuh)
EMAIL CTC: knisaazri@gmail.com
RM18 - DEWASA
RM8 - KANAK2 6-12 TAHUN.
Wednesday, March 23, 2011
Biskut cicah air kopi
pagi semalam dengar kat salamFM, eh korang pernah dengar ke channel nih? aku accidently jumpa je, tak pernah dengar pun sebelum ni, selalu dengar hotfm pastu tah camne lost frekuensi, tup2 dapat salamFM ni.
Dia nye style slow sikit, mendayu2 tapi aku bekenan kat info yang diorang bagi semlm pasal merancang keluarga, eh bukannn.... pasal merancang masa depan. indirectly boleh jugak apply kalau sapa2 nak merancang keluarga.
Dalam hidup ni kita tak boleh setakat mengikut arus. We must know what we want and we must plan how to get what we want. Pernah dengar this statement kan.... "whatever yang kita cakap tu is doa". So kalau kita nak something yang baik2 jadi kat kita, or family kita or siapa2 lah, sebut la benda2 yang baik tu berulang kali. Tak semestinya bila sembahyang baru nak berdoa. Anytime pun boleh berdoa.
pagi tadi plak dengar kat xfm, kenapa bila kita masuk satu kedai dengan pakaian selekeh tak branded, salesguy tu macam taknak layan kita je... aku tak kata semua kedai camtu tapi pernah gak la jadi kat aku, cuma aku buat bolayan je. apa susah keluar je lah, terus pergi kedai lain.
Another kenapa, kenapa bila berselisih dengan orang yang kita tak kenal, payah sangat nak senyum. Susah ke senyum tu? Ke dalam mulut ada intan berlian, bila sengih kang takut kurang plak sebijik berlian tu. Actually yang ni aku boleh maafkan lagi. Ye lah, dah tak kenal, kang kalau saja2 senyum kat orang, orang kata sewel lak. Kalau senyum kat tiang dah sah2 lah orang akan kata kau sewel kan. Tapi kalau dah kerja satu ofis, boleh kata hari2 nampak muka eventho korang tak pernah bersembang pun, kalau tak reti jugak nak senyum bila berselisih bahu tu aku rasa dah melampau lampau lampau sangat. Aku tak tau la korang, tapi bagi aku apa salahnya senyum, walaupun tak kenal. Korang tau tak senyum ni pun antara faktor awet muda? so jangan suka kerut2 dahi selalu ye...
ciao bedah !!
Tuesday, March 22, 2011
Esok untuk siapa...........
wow weee junior juice!!!!!
tak tau kenapa stmt ni selalu terngiang-ngiang kat telinga aku tapi yang aku pasti it was a tagline dalam this product(junior juice) nye tv ads in my old days. Macam happy ceria tak terkira je rasa bila dapat jerit those words sambil lompat tinggi2. Aku tak ingat lansung camne rupanye benda ni dan ini yang aku dapat from atuk google.. this is just one of the product ye..
hmmm... macam tak sesuai je kan?
Okeh cakap ala2 artis ye.... hmm I no komen....
Kuang kuang kuang... camne nih? start2 cerita dah ada iklan. Ni la gayanya bila nak buat drama tapi bajet ciput. btw dun get me wrong. Iklan kat atas tu takde siapa2 suruh aku letak pun, aku je yang "secara tiba2... (bagi rhythm sikit ikut lagu Sons of Adam tu ye)" teringat dan terbayang bebudak tengah lompat sambil jerit
... sambil muka merah ceria ...
Hey you youngsters... korang tau ke lagu Sons of Adam ni? Aku bagi korang dengar sikit ok. Layan.... jiwang karat kau!
Friday, March 11, 2011
Tak best la malas-malas
Monday, March 7, 2011
Mawar Cik Putih
I am sorry!!
Sunday, March 6, 2011
Tadi nye lupa tajuk daaaa.....aku bagi tajuk sundae je la ek? eh tu aiskrim mekdi
Thursday, March 3, 2011
Pembaziran.... or ada alasan???
Wednesday, March 2, 2011
why am i blogging
Tuesday, March 1, 2011
السلام عليكم or Good Morning
Standing in the eyes of the world
what a big gap! berapa hari dah tak update. Fail la... cita2 kalau boleh nak update daily tapi memang hampeh betul. Virus M ni agaknya dah bertempek2, tu yang jadi lagu tu... eh lagu apa plak nih??
Cakap pasal cita2, aku ada banyak cita2 masa kecik. Aku pernah nak jadi pramugari, aku nak jadi polis, askar, tentera laut, tentera udara, kalau boleh semua aku nak. Pernah jugak bercita2 nak jadi robot. Konon2nya robot tu ada power. Chehh tak senonoh betul, ada ke patut aku ingat robot tu memang terer habis, masa tu tak tau rupa2nya robot tu manusia gak yang buat.
Masa kat UiTM Shah Alam, aku join kesatria, aku jugak pernah jadi komander kesatria tu for 1 year je pastu masa final year agak2 bizi terus aku slow down dan quit terus. Masa tu dia nye training (sebelum aku layak digelar komander kesatria) buat kat Sirusa PD selama 2 minggu. So merasa gak la aku menjadi sorang tentera dekat kem tentera selama 2 minggu. Masa tu mana la aku kenal benda2 sunblock sume tu, habis 2 minggu, balik kampung, mak pak aku tak kenal aku sebab kaler dah tukar, dah legam sebab hari2 kena jemur tengah panas masa latihan kawad.
Apasal aku cerita benda nih? Sebab pagi tadi on the way pergi kerja aku dengar kat radio, hari ni adalah hari ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yg ke-78. Hari ni adalah hari ATM ditubuhkan iaitu pada 1 Mac 1933.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ATM ni, go to their official page kat ..SINI..
Layan jugak video ni...
p/s kalau tak silap early this year PDRM kata tengah buat kertas cadangan untuk bagi peluang professionals to be part of them, to assist them in apa2 area yang patut. I'm waiting for it. Hopefully impian aku untuk join salah satu armed force ni tercapai
Friday, February 25, 2011
Kerna Terpaksa.... Kau kukorbankan. 2 IN 1.
Sebab kau, aku tak tidur 2 malam lepas.
Menangis, merintih keseorangan.
Baring salah, duduk pun salah... serba tak kena.
Rasa macam nak tumbuk2 dan ketuk2 kau dgn tukul besi malam tu jugak.
Masa tu aku rasa memang aku tak perlu kan kau lagi dah.
Pergilah mana kau nak pegi pun,
jangan ganggu aku lagi.
Aku tak sanggup!
Kenapa kau degil sangat hah???
aku cakap jangan ganggu, jangan ganggulah!
ke kau nak aku cakap bahasa german??
makan tahun plak la aku nak belajar
tolonglah...
aku merayu ni
jangan la ganggu aku......................
Dan akhirnya pagi menjelma
dan kau masih di situ
mengganggu.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dr. Singh: Cik, dah tak boleh tolong dah ni
Aku: habis tu nak buat apa Doc?
Dr. Singh: kena buang lah
Aku: Argghhhh besarnya jarum!!!
Dan akhirnya,
Babai gigi geraham ku !!!
Bonus - 2nd story
Sambil menunggu nama aku dipanggil untuk jumpa dentist semalam, aku belek2 la majalah yang bersepah kat atas meja tu. kagum gak... Dental Clinic Ng N Singh tapi diorg letak kat meja tu few majalah Al-Islam. Kan bagus kan macam tu....
Apa yang aku nak story is about an article yang aku baca dalam one of the magazine, Al-Islam tahun 2010 tapi aku tak perasan sangat bulan apa punya. It's about halal and haram dan aku rasa aku patut share benda ni.
Macam mana nak tau samada makanan yang kita makan tu ada dicampur arak or lemak babi? These 2 things yang aku ingatlah,
- Bila kita makan kenyang dan sendawa, selalu angin sendawa tu keluar ikut mulut kan, tapi kalau angin tu keluar ikut hidung, tandanya makanan yang kita makan tu ada dicampur arak.
- Selalu makan kat warung kan? Selalu tengok tukang masak tu goreng sampai ada api terbakar dalam kuali kan? Tengok kaler api dia tu, kalau merah means ok, tapi kalau api dia kaler biru means ada dicampur lemak babi. lemak babi ni berfungsi utk bagi makanan tu tahan lama dan kalau goreng benda2 macam kerepek ke keropok ke, kerangupan kerepek/keropok tu pun akan bertahan lebih lama juga. So fikir2 kan lah..
p/s: images semua atas ihsan atuk google.
Tuesday, February 22, 2011
Lalat VS Langau
Kenapa dan apa ada dengan 2 spesis ni? chewahh ala2 "apa ada dengan cinta" je... Aku try ambik gambar diorg tapi diorg tak tau duduk diam, so tak dapat lah aku nak tepek gambar diorg kat sini. Well i guess i shudnt call them diorg, definitely they are not human. So shud i call them dialalatlangau?? please la...too long.... nvm forget it. Aku bukan nak story pasal dialalatlangau pun.
Apa yang aku nak cakap is about ofis aku yang bising macam lalat langau hurung sampah, macam bunyi pasar borong pun ada. Not everyday macam ni, tapi yang aku perasan bila makcik sorang tu ada, sure havoc lah ofis. Dia ni dah la banyak mulut pastu suka cakap kuat2, mungkin dia rasa semua orang patut dengar cerita dia, which I rasa sepatutnya tak patut... wah amende aku cakap??
Dekat ofis lama pun ada yang perangai macam ni, lelaki pulak tu. Kalau time dia call wife dia, habis satu ofis dengar. Yang nak pergi mana, Yang tengah buat apa, Yang nanti macam ni macam ni, Yang nanti macam tu macam tu, Yang jangan itu, Yang jangan ini, Yang bla bla bla.... penat weh dengar!
Agaknya kenapa diorg macam tu? sebab nak get attention ke atau sebenarnya diorg tak perasan or tak tau apa yang diorg buat. I mean diorg tak perasan yang suara diorg tu kuat. Kalau cakap hal biasa2 je takpe la jugak, ni cerita dalam kain pun keluar sekali. Kan memalukan diri sendiri nama nya tu. Ada la member yang pernah tegur tapi kalau benda tu dah jadi habit dan dah sebati dalam diri tu memang payah sikit la nak ubah.
Makcik kat ofis ni pulak tak pernah la aku dengar ada orang cuba tegur dia. Aku pun baru kat sini, nanti orang kata memandai2 plak. Orang lain tak kisah, aku yang baru ni plak sibuk2 nak tegur... apa hal? Since it doesn't happens everyday, because makcik ni tak selalu ada kat ofis, selalunya dia kat tempat user, not so bad lah sebenarnya. Most of the time, the ofis is quite aman bahagia, tapi kenapa aku terpanggil untuk story benda ni today, because it happened yesterday afternoon. Others dah stop cerita pasal diorg nye outing weekend lepas tapi dia plak tak habis2 lagi cerita. Ada je benda yang dia nak flash back. Cukup2 lah makcik oii....
Btw, aku rasa makcik ni or the guy tadi tu takde kena mengena lansung dengan lalat or langau tapi aku rasa, bila diorg dah start bercakap it makes me feel kena hurung dengan lalat or langau, bisinglah!
p/s aku teringin nak p tengok teater terima kasih cinta tu tapi tak berkesempatan lah, nampak macam best je...
Saturday, February 19, 2011
Dari Ku untuk Mu
Thursday, February 17, 2011
JIKA... ANDA ADALAH...
C&P this from here. Thanks a bunch to the owner.
Menarik dan sungguh memberi inspirasi.
Wednesday, February 16, 2011
Timang Burung
Here is the note for this gamelan song called Timang Burung. Huhh korang ingat aku timang burung apa hah???
- 5 5 2 3 2 3 5 - 3 5 6 5 3 2 5
5 1 1 2 2 1 1 5 5 1 1 6 6 1 1 3
- 5 5 2 3 2 3 5 - 3 5 6 5 3 2 3
3 1 1 2 2 1 1 5 5 1 1 6 6 1 1 3
- 3 2 1 1 2 3 1 3 2 1 1 5 6 i 2
3 1 1 i i 1 1 i i 1 1 i i 1 1 2
- 2 2 3 6 5 3 2 3 2 1 1 5 5 3 5
2 1 1 3 3 1 1 2 2 1 1 i i 1 1 5
I played the SaronBarong lagi hari ni. cikgu kata kena main the same instrumen sampai expert dulu baru boleh tukar instrumen.
Simply merapu
(Chewahh bunyi ala2 baca berita jek....)
Agak2nya hari ni ramai orang baru start kerja ke selepas bercuti CNY?? Apa taknya, for the past 2 weeks jalan was so OK, 10-15mins aku dah sampai tol rawang tu. Tapi hari ni it took me 1hour10mins to reach the tol. Nasib baik drive kereta auto, kalau tak... mau krem kaki aku tekan clutch. 9 lebih baru sampai opis tadi.
A bit tepu rasa sebab tak tau apa nak cerita, bukan takde yang interesting happened last few days, banyakkk... tapi rasanya aku was not born to be a blogger LOL. Tapi paksa jugak menulis, tengok apa dah jadi? berdebu dah rumah ni kena tinggal beberapa hari.
Lemme point out few things that had happened the past few days
- Saturday - morning hubby p cycling, aku duduk rumah je dgn anak dara 2 orang sebab petang ada fren nak datang rumah so aku duduk rumah kemas rumah dan masak je la sikit2 utk tetamu yang nak datang. Aku masak sup tulang + tomato makan dengan makaroni, lengkong sirap + buah barli, muffin choc rice/chip, air sirap bandung cincau, air barli n ayaq gas (sarsi n rootbeer, yang ni aku beli la, fav kawan aku ni)
- Sunday - aktvt bermalas2an diwaktu pagi. Petang keluar ke PJ, dah booking nak test drive tucson. Janji kul 2 tapi kami sampai kul 3, budak salesman yang kami janji tu pun takde, tapi kami dapat jugak test drive dengan the other salesman. Cuma tak puas hati sikit sebab pusing dekat2 situ je, tak dapat nak fully test the power. Made another appointment to test sekali lagi. Lepas tu pergi makan roti sebesar dulang dekat 1 kedai pak arab kat plaza Millenium kalau tak silap. Sekeping roti bolah makan 1 family. Cicah dia boleh pilih, nak kambing ke ayam ke atau pun benda lain, yang aku tak paham baca kat dalam menu dia tu. Sedap jugak, boleh pergi lagi next time. Tapi watch out.... pegi situ kena cakap arab tau! Kidding lah, diorang can understand english sikit2 dun weri....
- Monday - kerja la.... it was not a busy day tapi aku saja malas nak update.
- Tuesday - Selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Petang keluar p kedai perabot. Konon2 nak cari sofa baru sebab ada dapat pamplet kata ada sale besar2an kat kedai dia kat rawang. Not bad, berkenan kat 1 sofa tu, nyaris2 dah nak beli tapi bila mintak toke kedai tunjuk sikit camne nak buka, nak cuci sume tu, terus rasa hampeh sebab messy betul, jahitan dia tak semiak* lansung. Terus tak jadi. Pastu p makan KFC, bebudak requested, makan fish donut..... eh betul la tengok mak nampak ikan!! kata adik..... kuang3x
Sori la ari ni takde gambar lansung. Eh lupa pulak, ada ke yang tak tau tak semiak* tu apa? Aku pun tak tau nak translate to another word yang semua orang faham tapi bagi aku maksud dia ala2 memang teruklah
Friday, February 11, 2011
'Tomyam'kan PSM
memang la bagi aku catchy sangattt...
Aku pun klik la tengok... ooo rupanya PSM tu Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Maaf la, aku ni memang bukan jenis orang yang follow sangat sport2 ni.
Apa cerita sebenarnya?? Rupa2nya diorang nak ambik jurulatih Thailand sebagai perunding kepada skuad Takraw negara kita ni. Tu pasal la dia panggil resepi tomyam. More story, klik.. SINI
Thursday, February 10, 2011
Yang mana satu idaman kalbu
Wednesday, February 9, 2011
SaronBarong
Tuesday, February 8, 2011
Persoalan tengah hari
Aku ni jenis orang yg suka tengok gelagat orang, the way orang dress up, the way orang makan, bercakap, berjalan etc etc. Masa lunch tadi aku jumpa few x-colleagues yang dah lama jugak tak jumpa. Aku tengok diorang ni ada yang body still maintain je lagi cam 7 tahun dulu. Ada gak yang dah macam kena pam tapi ada gak yang makin melidi. Ada jugak tu yang muka tak berubah lansung, maintain cam 7 tahun dulu jugak. Agak2 diorang tengok aku plak macamane ye.....
Monday, February 7, 2011
GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI
Hasil dari peluh yang menitik tus tus
Wednesday, February 2, 2011
I tot i saw a pussy cat!
Monday, January 24, 2011
pakcik kayo!!
The truth is memang boleh buat duit tapi ko kena la jugak rajin menulis dan yg penting ko kena kreatif. Tapi kalau setakat hangat2 chicken drop cam aku ni jangan nak berangan la....