Salam world!
aku rasa ada sikit gatal nak cerita satu story, pasal kawan n also jiran yang masih lagi jiran, tapi dah tak berapa nak kawan. Ini bukan sesi mengumpat ye sebab korang tak kenal pun siapa aku kan (maksud aku the real aku), so maknanya korang pun tak kenal siapa jiran aku tu. So cerita ni is more sebagai pengajaran.. bukan suka2 hati aku nak ngumpat ok
Once upon a time... chewah!
Dolu2.. life diorang biasa2 je... pakai kereta wira, ada rumah sendiri, anak 5 orang, husband keje, wife surirumah, kira dah complete lah tu kan, cantik je nampak. Dulu aku suka jugak tengok cara diorang especially the wife, cantik, tak sombong, suka tegur2 jiran, suka hantar2 makanan kat rumah jiran (heheh yg ni aku paling suka). Cuma yang tak best sikit diorang pun suka jugak pinjam duit dengan jiran2 or kawan2, mungkin diorang ada masalah sikit bab tu kot. Tapi tak kisah la kan, time orang susah kita tolong.. tu la guna nya jiran dan kawan.
Lepas tak berapa lama, tup2 tukar kereta baru (bmw kau...), pagar rumah dah naik tinggi jadi macam pagar penjara pudu pastu dah tak berapa nak tegur kawan2 lagi dah. Kenapa ye diorang jadi macam tu? entah la... For sure aku rasa rezeki diorang murah masa tu, kot2 husband dapat projek besar, so mashuuukkk, as a result boleh la diorang hidup bermewah2an. Kitorang ni tumpang happy je tengok cuma yang tak bestnye hutang jiran2 dan kawan2 ada sikit liat mau bayar.
Ada la few kawans yang tried to get back their money, ye la...dulu kau susah aku tolong kau, sekarang ni aku pulak tengah sesak and since kau dah senang, tolong la bayar balik hutang aku. U know apa dia jawab? Tak tau? Jap la aku nak cerita la ni....sabar ye.... mesti jawapan dia... ooo duit belum masuk, customer belum bayar lagi for the project sekian2. ooo cheque belum clear, minggu depan kot baru dapat.. lepas minggu depan minggu lagi satu lepas tu bulan depan, end up dah setahun... tak setel gak hutang.
Sekarang... again aku tak tahu apa dah jadi, tetiba lifestyle dah tukar balik. BMW dah entah kemana. Now pakai iswara yang dah pudar kaler dan kemek merata2. Wife dah tak nampak batang hidung lansung, asyik terperap je kat rumah. Anak2 dia dulu selalu gak main2 depan rumah, sekarang dah tak nampak muka semua.
Aku kesian tengok cara diorang sekarang. Tapi aku tak tau nak bantu macam mana...
Moral of the story.... mesti korang pun dah tau dah ayat sempoi ni... syukur lah dengan apa yang ada. Ingat semasa ada sebelum hilang semua.......
kan ada lagu Raihan macam tu...
No comments:
Post a Comment