(Chewahh bunyi ala2 baca berita jek....)
Agak2nya hari ni ramai orang baru start kerja ke selepas bercuti CNY?? Apa taknya, for the past 2 weeks jalan was so OK, 10-15mins aku dah sampai tol rawang tu. Tapi hari ni it took me 1hour10mins to reach the tol. Nasib baik drive kereta auto, kalau tak... mau krem kaki aku tekan clutch. 9 lebih baru sampai opis tadi.
A bit tepu rasa sebab tak tau apa nak cerita, bukan takde yang interesting happened last few days, banyakkk... tapi rasanya aku was not born to be a blogger LOL. Tapi paksa jugak menulis, tengok apa dah jadi? berdebu dah rumah ni kena tinggal beberapa hari.
Lemme point out few things that had happened the past few days
- Saturday - morning hubby p cycling, aku duduk rumah je dgn anak dara 2 orang sebab petang ada fren nak datang rumah so aku duduk rumah kemas rumah dan masak je la sikit2 utk tetamu yang nak datang. Aku masak sup tulang + tomato makan dengan makaroni, lengkong sirap + buah barli, muffin choc rice/chip, air sirap bandung cincau, air barli n ayaq gas (sarsi n rootbeer, yang ni aku beli la, fav kawan aku ni)
- Sunday - aktvt bermalas2an diwaktu pagi. Petang keluar ke PJ, dah booking nak test drive tucson. Janji kul 2 tapi kami sampai kul 3, budak salesman yang kami janji tu pun takde, tapi kami dapat jugak test drive dengan the other salesman. Cuma tak puas hati sikit sebab pusing dekat2 situ je, tak dapat nak fully test the power. Made another appointment to test sekali lagi. Lepas tu pergi makan roti sebesar dulang dekat 1 kedai pak arab kat plaza Millenium kalau tak silap. Sekeping roti bolah makan 1 family. Cicah dia boleh pilih, nak kambing ke ayam ke atau pun benda lain, yang aku tak paham baca kat dalam menu dia tu. Sedap jugak, boleh pergi lagi next time. Tapi watch out.... pegi situ kena cakap arab tau! Kidding lah, diorang can understand english sikit2 dun weri....
- Monday - kerja la.... it was not a busy day tapi aku saja malas nak update.
- Tuesday - Selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Petang keluar p kedai perabot. Konon2 nak cari sofa baru sebab ada dapat pamplet kata ada sale besar2an kat kedai dia kat rawang. Not bad, berkenan kat 1 sofa tu, nyaris2 dah nak beli tapi bila mintak toke kedai tunjuk sikit camne nak buka, nak cuci sume tu, terus rasa hampeh sebab messy betul, jahitan dia tak semiak* lansung. Terus tak jadi. Pastu p makan KFC, bebudak requested, makan fish donut..... eh betul la tengok mak nampak ikan!! kata adik..... kuang3x
Sori la ari ni takde gambar lansung. Eh lupa pulak, ada ke yang tak tau tak semiak* tu apa? Aku pun tak tau nak translate to another word yang semua orang faham tapi bagi aku maksud dia ala2 memang teruklah
No comments:
Post a Comment