Thursday, March 31, 2011

:( VS :)

Salam world!

before aku teruskan bw, lemme post an n3 dulu. Yesterday, on d way to klia to pikap my mak abah balik umrah, follow 1 lori bawak 'lembu 2 ekor' (hmmm ke sepatutnya 2 ekor lembu??). Cikgu BM...tolong betulkan...

Aku rasa diorang nak bawak lembu tu untuk disembelih kat mana2 kot. Yang aku geram tu sebab aku try to snap dialembu (bukan diorang ye...) nye photo tapi pehal tah lembu2 tu malu2 plak, asyik tunjuk backside dialembu je. Maybe dialembu rasa dialembu seksi possing macam tu kot kuikuikui.....

Since aku tak mau la aku nye n3 asyik plain je...so aku pun kidnap gambar ni from atuk google.

Lembu oh lembu...apsal muka kau sedih je... raya korban lambat lagi....


okeh enuf cerita lembu. I got a gud news!!!! Mintak mahap not for u guys ye...

Aku ada post n n3 pasal ni dulu, baca SINI.

Today early morning, we finally got to the end of the war oredi. It was between "3-letter code Co." and "4-letter code Co". Based on semalam nye Board meeting, they have decided to give the project to the "3-letter code Co." !!!!! Yeyyyyyyyyy!!!!!!

Ini dah kira official dah ni tapi since CIO belum buat announcement lagi so aku pun taknak la lebih sudu dari kuah kan... tunggu my next next n3 ye!

Cop! Cop! bagi can aku nak melompat n sengih lebar2 sekali lagi...hepi sangat2 nih!!! Yihhhhhaaaaaaa!!!!!!!

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG

Salam world!

2nd n3 for the day... mrben nye pasal la ni. Nape tah rasa enjoy plak join segmen2 ni sume. Cepat lak tu aku terperasan pasal segmen baru nih. Since aku rasa aku ni pun blogger baru...so aku pun dengan besar hati besar hidung nak join gak la segmen nih

Tapi layak ke aku?? Aku bukan nye jenis creative enterprise nye orang and not even dalam hati ada taman kind of person. So aku rasa blog aku ni tahap yang tersangat la biasa2 aje. Bunga2 jauh sekali...tak berapa rasa nak minat. Tulisan gulung2 pun mintak mahap ye... aku biasa tulis report je tak biasa tulis surat cinta. And i am not going to add all that just because nak join segment deco deco nih.

Sebagai memenuhi syarat2 sah penyertaan, ni dia header mrben nye page n linked to his blog



Dah setel... so.... terima lah daku seadanya...chewahhhh !!!!

Demi Masa ...

Salam world!

aku rasa ada sikit gatal nak cerita satu story, pasal kawan n also jiran yang masih lagi jiran, tapi dah tak berapa nak kawan. Ini bukan sesi mengumpat ye sebab korang tak kenal pun siapa aku kan (maksud aku the real aku), so maknanya korang pun tak kenal siapa jiran aku tu. So cerita ni is more sebagai pengajaran.. bukan suka2 hati aku nak ngumpat ok

Once upon a time... chewah!

Dolu2.. life diorang biasa2 je... pakai kereta wira, ada rumah sendiri, anak 5 orang, husband keje, wife surirumah, kira dah complete lah tu kan, cantik je nampak. Dulu aku suka jugak tengok cara diorang especially the wife, cantik, tak sombong, suka tegur2 jiran, suka hantar2 makanan kat rumah jiran (heheh yg ni aku paling suka). Cuma yang tak best sikit diorang pun suka jugak pinjam duit dengan jiran2 or kawan2, mungkin diorang ada masalah sikit bab tu kot. Tapi tak kisah la kan, time orang susah kita tolong.. tu la guna nya jiran dan kawan.

Lepas tak berapa lama, tup2 tukar kereta baru (bmw kau...), pagar rumah dah naik tinggi jadi macam pagar penjara pudu pastu dah tak berapa nak tegur kawan2 lagi dah. Kenapa ye diorang jadi macam tu? entah la... For sure aku rasa rezeki diorang murah masa tu, kot2 husband dapat projek besar, so mashuuukkk, as a result boleh la diorang hidup bermewah2an. Kitorang ni tumpang happy je tengok cuma yang tak bestnye hutang jiran2 dan kawan2 ada sikit liat mau bayar.

Ada la few kawans yang tried to get back their money, ye la...dulu kau susah aku tolong kau, sekarang ni aku pulak tengah sesak and since kau dah senang, tolong la bayar balik hutang aku. U know apa dia jawab? Tak tau? Jap la aku nak cerita la ni....sabar ye.... mesti jawapan dia... ooo duit belum masuk, customer belum bayar lagi for the project sekian2. ooo cheque belum clear, minggu depan kot baru dapat.. lepas minggu depan minggu lagi satu lepas tu bulan depan, end up dah setahun... tak setel gak hutang.

Sekarang... again aku tak tahu apa dah jadi, tetiba lifestyle dah tukar balik. BMW dah entah kemana. Now pakai iswara yang dah pudar kaler dan kemek merata2. Wife dah tak nampak batang hidung lansung, asyik terperap je kat rumah. Anak2 dia dulu selalu gak main2 depan rumah, sekarang dah tak nampak muka semua.

Aku kesian tengok cara diorang sekarang. Tapi aku tak tau nak bantu macam mana...

Moral of the story.... mesti korang pun dah tau dah ayat sempoi ni... syukur lah dengan apa yang ada. Ingat semasa ada sebelum hilang semua.......

kan ada lagu Raihan macam tu...

Tuesday, March 29, 2011

Hey Ladies!

Salam world!

Hey ladies...camne boleh jadi hot topic pagi ni? Betul ke ladies driver macam tu?

Well aku rasa mungkin betul tapi definitely tak semua. Dari kacamata aku (aku memang pakai spec ok) ada segolongan lelaki yang boleh masuk this kategori jugak.

Drive pergi balik kerja everyday, memang selalu jumpa kes2 macam tu dan secara purata...yang aku nampaklah, it's about the same. Sama je tak kira lelaki or perempuan, ada yang perangai agak kureng time driving.

Yang aku paling hangin pada yang tak reti2 nak bagi signal especially bila nak tukar lane or nak masuk simpang. Susah ke? nak kena bayar ke? aku rasa dah pakej dah, bila beli kereta mesti ada lampu signal, kan....

Tu cerita petang semalam, yang tetiba overtake orang without signal. Pagi ni pulak, aku tak tau la, agaknya ada orang yang jenis suka keluar makan angin time2 orang lain sibuk nak pergi kerja ni kot. Dah la selo melo, boleh pulak dok kat tengah2 jalan. And u know what... driver nye lelaki, orang muda lagi. Sometimes aku excuse jugak driver macam tu, especially bila the driver is pakcik/makcik yang dah tua2 tu. Sabar je la... lagi pun aku bukan nye tengah rushing. TAPI...kalau time tu aku nak cepat.... siap la, aku redah je..


Monday, March 28, 2011

GEGAR BLOGGER BARU

Salam world! Hari ni aku bz tapi bcoz of bz ni la aku ada masa utk terjah/bw ke blog2 yang menjadi sumber inspirasi aku. Dan sebab bz jugak aku tau pasal this new gegar. Konpius ke? meh aku kasi tau....bila bz aku ada sikit tension...so bila dah tension, this is how i release it.... kalau time tak bz nak update blog sendiri pun aku malas. Apa aku buat? tunggu my next next next n3 tu pun kalau aku rajin nak cerita Aku blogging dah setahun tapi follower ciput sesangat, ada seratus? seratus kebenda, baru semalam cukup 20. So aku dengan besar hati dan besar hidung join gegar ni. Selalu nya aku tak perasan pun gegar menggegar nih sebab bila baca paper asyik cerita gegar kat jepun tuh je. Jom kita semak dan jawab soalan ramalan spmr 2018 from mrben below.

1.Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..
Ni gambar yang aku bekenan



2.tajuk :
GEGAR BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini .. Dah link....

3.Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ?
Kenapa aku pilih gambar tu? Aku malas nak beriye2 mencari gambar or nak belek satu2 kat mrben nye archived n3. the moment aku julingkan bijik mata kat keliling mrben nye page, aku nampak "Bionic Gym". aku memang suka bionic man so terus ler aku klik situ. Aku browsed thru all the gambar in there... waaa sume gambar mamat2 body builder la la la, gambar yang perut builder je pun ada gak kuang3x...takyah la aku mention yang mana satu ek. Ting tong..aku nampak gambar 1 mamat baju biru tengah eksesais sambil jeling perut mrben, terus aku terberkenan kat gambar tu...agak2 apa benda la mamat baju biru tu fikir bila dia tengok perut mrben ek? Korang nak tau tak? nak tau tak? mana la aku tau, aku bukan ada dengan diorang masa tu.... mrben...tolong tanya sket kat mamat baju biru tu amende sebenarnya yang dia tengah terjah kat perut mrben tu.... ni link to this post ..SINI..

4.Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
membaca and menulis is from kecik2 nye hobi. pantang jumpa buku, sampaikan gurubesar sekolah nye diari pun pernah aku conteng tulis sajak(gurubesar tu abah aku la...). Aku jadi blogger sekarang sebab nak satisfy kan hobi menulis aku. kalau ada orang nak baca dan suka cerita aku, aku pun suka jugak lah. tapi kalau takde yang nak baca pun aku nak buat camne, takpelah....sebab aku menulis more untuk kepuasan diri. lagi satu hobi aku bermonolog. so daripada aku ting tong kepala otak cakap/fikir sorang2 baik aku tulis kat sini. ei ei...cam s*w*l je kan....

5.Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..
not tiap2 hari aku masuk tapi setiap kali ada peluang, yang pasti the 1st blog aku akan terjah is salam2benua next - blog DTS, cikmatgebu kita and also blog mrben (sori ye mrben, ur blog jatuh tangga ke-2suku in my list) next - blog si haniszalikha (inibelogsaya) next - blog mak si hanis zalikha (nanirostam) nextnextnext - kalau sempat... others in my bloglist

sekian terimakasih

Pagi Isnin yang Biru

Salam world! it was started so well last night.
Dah janji cantik dah malam tadi, pagi nanti nak bangun awal, nak pergi sekolah awal.
Sooo bersemangat!

Good morning!!
a bit liat tapi still ok.
Eventho the movement ada sikit slow tapi since it was still quite early, so layan je lah. Dah pakai baju sekolah cantik2 tup2 getah ikat rambut yang dia biasa guna tu tak jumpa cari.
Dah start dah..... nasib baik ada yang lain tapi it still didnt manage to bring back her mood. she is a kind of person yang kalau dia suka something, yang tu je lah dia guna.
Well aku tolong ikatkan rambut dia and showed her that pakai yang mana2 pun sama, still boleh buat rambut dia kemas berikat. Tapi airmata mengalir non-stop jugak, aku tau dia still tak puas hati,
tu yang aku tak tahan tu...

She only had half cup of her susu je this morning tapi dah bekalkan dia roti n ribena for recess. Since muka still tak ceria, sogok pulak dia dengan gegula. ada senyum sikit tapi kejap2 expression muka tukar. smile and frown.. smile and frown, depends on lawak tak berapa cerdik yang aku buat to tackle her. last2 berjaya jugak keluar rumah...

otw to school..
suddenly dia sambung nangis.
alaaa apahal pulak ni...? Dia kata taknak pergi sekolah, malu...sebab dia menangis, nanti kawan2 ejek dia.
Pulak dah... ok takpe.
Kita round2 dulu kejap bagi hilangkan bekas nangis tu. She agreed and she looked ok. So bawak pusing2 dulu sambil2 hantar barang dia kat nursery
(for her sekolah petang).

Alamak dah 7.25, dah lambat ni...alaaa she cried again...aku kata takpa, ada lagi budak lain belum sampai, dia nangis jugak tapi sambil tu dia ambik jugak beg and masuk pagar sekolah. Before that dia salam n peluk cium aku sambil nangis...sedih pulak aku rasa. Dia suruh aku tunggu sampai dia masuk kelas so that she can byebye me from the window. aku layan je, tunggu kan je la....

alaaa dia nangis lagi la sambil lambai tangan. Bila tengok dia macam tu aku pun nak nangis...
chesss sentimental karat.

Memang aku rasa tak sampai hati sangat, tapi aku teruskan jugak drive pergi kerja. rasa macam nak je aku pusing balik n peluk dia.

Friday, March 25, 2011

Cloud 9

Salam world!

Alhamdulillah syukur Ya Allah!

Baru je sat ni aku mengeluh sebab the last payment yang aku dapat was for Dec2010. Bulan 1 nye payment pun tak dapat lagi ni... gaji riban riban pun tapi kalau 2-3 bulan sekali baru dapat, haru jugak weii......

Tup2... my prev company nye HR called kata ada 'team award bonus' yang diorg belum bagi lagi masa kitorang semua quit from that company aug last year dan DAH pun di bank-in kan kat kitorang nye akaun masing2. Apalagi, terus check M2U.... weiii betul la... ada la.... yiiihhhaaa!!!!

Rezeki terpijak la ni, walau pun tak sebanyak gaji tapi at least boleh gak buat aku senyum lebar sampai ke telinga. Boleh la aku belanja family makan bbq stimbot kat kuang. Favourite si Kakak ni, bila tanya nak makan kat mana mesti dia sebut nak makan kat sini. Meh aku promote sikit tempat ni...



LOKASI: Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang , Sg Buloh
WAKTU OPS: 6.30 PETANG - 12 MALAM...
TEL: 0178800627 (kalau nak booking sbb malam minggu selalu penuh)
EMAIL CTC: knisaazri@gmail.com
RM18 - DEWASA
RM8 - KANAK2 6-12 TAHUN.

Wednesday, March 23, 2011

Biskut cicah air kopi

Salam world!

pagi semalam dengar kat salamFM, eh korang pernah dengar ke channel nih? aku accidently jumpa je, tak pernah dengar pun sebelum ni, selalu dengar hotfm pastu tah camne lost frekuensi, tup2 dapat salamFM ni.

Dia nye style slow sikit, mendayu2 tapi aku bekenan kat info yang diorang bagi semlm pasal merancang keluarga, eh bukannn.... pasal merancang masa depan. indirectly boleh jugak apply kalau sapa2 nak merancang keluarga.

Dalam hidup ni kita tak boleh setakat mengikut arus. We must know what we want and we must plan how to get what we want. Pernah dengar this statement kan.... "whatever yang kita cakap tu is doa". So kalau kita nak something yang baik2 jadi kat kita, or family kita or siapa2 lah, sebut la benda2 yang baik tu berulang kali. Tak semestinya bila sembahyang baru nak berdoa. Anytime pun boleh berdoa.

pagi tadi plak dengar kat xfm, kenapa bila kita masuk satu kedai dengan pakaian selekeh tak branded, salesguy tu macam taknak layan kita je... aku tak kata semua kedai camtu tapi pernah gak la jadi kat aku, cuma aku buat bolayan je. apa susah keluar je lah, terus pergi kedai lain.

Another kenapa, kenapa bila berselisih dengan orang yang kita tak kenal, payah sangat nak senyum. Susah ke senyum tu? Ke dalam mulut ada intan berlian, bila sengih kang takut kurang plak sebijik berlian tu. Actually yang ni aku boleh maafkan lagi. Ye lah, dah tak kenal, kang kalau saja2 senyum kat orang, orang kata sewel lak. Kalau senyum kat tiang dah sah2 lah orang akan kata kau sewel kan. Tapi kalau dah kerja satu ofis, boleh kata hari2 nampak muka eventho korang tak pernah bersembang pun, kalau tak reti jugak nak senyum bila berselisih bahu tu aku rasa dah melampau lampau lampau sangat. Aku tak tau la korang, tapi bagi aku apa salahnya senyum, walaupun tak kenal. Korang tau tak senyum ni pun antara faktor awet muda? so jangan suka kerut2 dahi selalu ye...


ciao bedah !!

Tuesday, March 22, 2011

Esok untuk siapa...........

Salam world!

wow weee junior juice!!!!!
tak tau kenapa stmt ni selalu terngiang-ngiang kat telinga aku tapi yang aku pasti it was a tagline dalam this product(junior juice) nye tv ads in my old days. Macam happy ceria tak terkira je rasa bila dapat jerit those words sambil lompat tinggi2. Aku tak ingat lansung camne rupanye benda ni dan ini yang aku dapat from atuk google.. this is just one of the product ye..


hmmm... macam tak sesuai je kan?
Okeh cakap ala2 artis ye.... hmm I no komen....

Kuang kuang kuang... camne nih? start2 cerita dah ada iklan. Ni la gayanya bila nak buat drama tapi bajet ciput. btw dun get me wrong. Iklan kat atas tu takde siapa2 suruh aku letak pun, aku je yang "secara tiba2... (bagi rhythm sikit ikut lagu Sons of Adam tu ye)" teringat dan terbayang bebudak tengah lompat sambil jerit

"Wow Weee.. Junior Juice!!!"
... sambil muka merah ceria ...

Hey you youngsters... korang tau ke lagu Sons of Adam ni? Aku bagi korang dengar sikit ok. Layan.... jiwang karat kau!




ni apasal tak ngam je cerita ngan tajuk nih? konpius lak aku..

i tell u what....
do u realize that u're now in z-ni's simply merapu area?
so... ikut suka aku lah nak merapu apa pun
ada aku kesah???


p/s: btw aku memang nak cerita benda lain tadi tapi itulah hakikat seorang aku yang suka merapu. kalau rajin aku terjah balik tajuk ni lain kali kay!

Friday, March 11, 2011

Tak best la malas-malas

Salam world!

MALAS - penyakit yang tiada ubat melainkan tuan punya body sendiri yg perlu usaha untuk mengatasinya.

Mahatma Gandhi kata "The future depends on what we do in the present"

So kalau kau malas sekarang, bayang kan je lah apa akan jadi to ur future.

Malas belajar? think of how r u going to survive bila kau besar besok. Belajar ni bukan setakat belajar p sekolah baca buku, pass exam, upsr, pmr, spm semua score, dapat degree, master or phd. Bukan...bukan setakat itu. Tapi kau kena jugak belajar skil lain2. Janji kau rajin, tak kisah la apa yang kau nak belajar, master it and use it as ur source of income in future. Tapi belajar la benda yang elok2 je, jangan pulak kau belajar camne nak jadi perompak whatsoever. Tak semua yang berjaya dan jadi jutawan tu semua ada degree, ramai jugak yang aku dengar setakat pas spm je. Tapi macamana dia boleh berjaya? because diorang ada kemahuan untuk berjaya, diorang tak malas untuk jadi seorang yang berjaya.

wahh am i sound like Professor not so easy oredi?

Malas mandi? jangan la weii... kepam kau! kalau kau sorang yang kepam lantak kau la, ni habis orang2 kat surrounding terbabit sama. Nak2 pulak kau p naik public transport. Yang ni aku pernah experience, naik lrt dgn adik aku, member dah la tak sihat, bau kepam plak, member siap nak pitam. Bukan takat orang sakit je, kalau org sihat pun tapi dah terbau benda2 yang menyesakkan hidung, boleh pengsan jugak weii. Tapi kalau kau rajin mandi pun makesure kau rajin cuci baju jugak. setakat mandi pastu pakai baju semalam, tak guna beb. Kau tak perlu la nak beli minyak wangi mahal2 nak bagi bau kau wangi, jaga je kebersihan diri, setel... Kau tau tak, walaupun kau pakai minyak wangi mahal sekalipun, tapi kalau dah bercampur bau ketiak masam, perggghhhhh lagi dahsat bau dia sebenarnya tau!

Lain kali aku sambung lagi la ek kategori malas yang lain2 pulak...itupun kalau aku rajin.. kuang kuang kuang


Monday, March 7, 2011

International Women's Day Contest | Reader's Digest

http://www.rdasia.com/international-womens-day-contest?sms_ss=email&at_xt=4d747fbf92538eb7%2C0


Mawar Cik Putih

Salam world!
Do u know that tomorrow is International Women's Day?
It's ok, esok kita cerita pasal tu.
Now kita melencong sikit dulu but it is still related to wanita
Bila sebut wanita, takde dah wanita lain yang kita patut sanjung, hormat, sayang, jaga, belai selain daripada wanita yang kita panggil mak, ibu, ummi, mama, mummy etc

Dah lama aku tak dengar lagu ni...tup2 terdengar malam tadi someone nyanyi dalam mentor.
So aku layan la sambil2 gosok baju sekolah
So lagu mawar putih untuk mama ni aku tujukan khas buat semua wanita yang bergelar mak, ibu, ummi, mama, mummy etc



To ladies yang belum bertitle mak, ibu, ummi, mama, mummy etc
dun weri, tak payah tunggu orang nyanyikan utk korang
tapi korang nyanyi kan lah utk mak korang sendiri

~~ Mak... I love U sooooooooo much ~~
eh Abah! Abah pun orang sayang tau!!!

I am sorry!!


Salam world!

penting ke mintak maaf??
eh penting!!!! especially if memang kau yang salah
what if kau rasa kau tak salah?
Apa salahnya kalau itu boleh menjernihkan keaadan
mengalah bukan ertinya kalah
bukan lah maksud aku ianya macam lawan2 gusti tu
ada kalah ada menang
tapi benda kecik kan... tak payah la nak dibesar2kan
some more kalau kau dah kenal seseorang tu bertahun2
give and take lah
appreciate kelebihan dan redha dengan kekurangan



p/s gambar ihsan atuk google

Sunday, March 6, 2011

Tadi nye lupa tajuk daaaa.....aku bagi tajuk sundae je la ek? eh tu aiskrim mekdi

Salam world!

masa break tadi sempat pergi skypark, had lunch kat situ
sempat gak masuk mekdi beli sundae
sedapppp.....

another break sekarang ni...
hubby dearie n anak2 tersayang...
sori ye... am still stuck here, tak sure lagi pukul berapa boleh balik
sambung semula cerita tadi.....
i know this is a very big project, millionsss u!
we really cannot make mistake
at which stage are we now?
belum award lagi..baru nak masuk BTC mtg next week
BTC tu apa?
tu nama dia Board Tender committee
we have shortlisted few Service Provider
nanti BTC will decide which SP that we shud go to
btw we already hv in mind siapa kita nak pilih
based on their proposed solution and success story
tapi biasalah kan, politics is everywhere
eventho ur proposal memang bagus gilerrrrsss
tapi kalau the other tenderer nye toke tu pak dia sepupu pak menakan adik beradik tiri ngan politikus politikang,
chances kau nak dapat projek tu rasa2nya ada la merudum sket
tu la yang aku takut jadi kat kitorg ni
pecah peluh ni buat kerja
nak convince mgt, nak jawab kat mgt
pasai pa we chose this particular SP
tup2 diorg pilih hak lain
jawapan diorg senang je...
ooo pasal tenderer yang tu pak dia sepupu pak menakan bla bla bla...
n depa boleh kasi diskaun lebih
haaa sapa nak jawab???
Salam world!

what a lazy me....
ala2 seminggu sekali je baru dapat update.
This is so not a daily diary but a suka2 hati aku la diary.
Boleh la ek, janji rumah aku ni tak jadi sarang spiderman
btw guess where am i now....
in the office?
on sunday?
tu la pasal... sib baik aku n hubby and anaks takde plan nak p merayap kemana2 lagi hari ni
tapi kalau nak p mana2 selalunya memang tak plan pun
rasa2 nak jalan2 kitorang p je
Selalu dengar kan, customer is always right
tapi bagi aku customer is NOT always right
mostly customer memang tau apa yang diorg nak
tapi ada gak tu yang bodoh sombong
mintak apa2 ikut suka mak nenek dia
sebab dia rasa dia bos kot
so dia boleh buli semua orang ikut suka dia

ok... break dulu blogging
time to continue our discussion
the reason why am i in the office on sunday

2 b continued........

Thursday, March 3, 2011

Pembaziran.... or ada alasan???

Salam world!

Rasa2nya apa yang tak kena dalam gambar kat atas tu?
Tak nampak??
Abaikan yang kaler oren2 tu, tu aku yang conteng,
kasi tutup identiti pelakon extra dalam cerita ni
Cuba tengok mesin bayar parking kaler biru
yang tercogok kat tengah2 one of the parking lot
Pada aku ini pembaziran
sebab dah mengorbankan satu parking lot yang teramatlah berharga
unless tempat ni memang selalu clear
Nway tempat ni quite pack
especially weekend
Kan elok kalau mesin tu letak kat atas divider, tempat ada pokok palma tu?
They must have a valid reason for this
cuma pihak tertentu je yang boleh jawab
O-o lupa nak cakap,
kalau nak tau this is sumwhr near Bandar Rawang



p/s: aku sendiri kena parking dekat illegal space masa tu sbb parking semua penuh

Wednesday, March 2, 2011

why am i blogging

Salam world!
To me blog is like a personal diary, macam dolu2 nye diary..... tapi becoz the medium is public internet, thus anyone can see and read it, unless the owner is fully locked it from being public accessible or allow only certain people to see it.
Btw the concept is still sama, kalau dulu kau sorok diary kau dalam almari or bawah bantal or bawah tilam, it is purely because nak protect ur privacy right? Taknak bagi ur mak or abah or adik beradik jumpa dan baca dan ada peluang gelakkan kau. Becoz dalam tu kau dah tulis segala macam rahsia kau, kau suka kat minah, aritu sorok2 jumpa dia belakang sekolah, pastu ali kawan baik kau nampak, report kat cikgu, pastu kau kena denda dan kau benci ali since then. kau tak tau sebenarnya ali pun suka kat minah... aku tau sebab adik ali cerita. Mana adik ali tau? sebab dia dah sorok2 baca diary ali masa ali pegi tengok orang praktis makyong kat balai raya depan sekolah.
So, apa benda pun yang kau nak tulis or letak dalam diary or blog tu, is up to you. Lupakan pasal tradisional diary sbb fungsinya yang agak terhad with no security assurance, mana taknya kalau letak dalam lemari berkunci sekali pun, bapak kau boleh ambik kapak pecah kan lemari untuk tahu segala isi hati kau. Tak payah nak mintak2 permission dulu, lagipun dia kan bapak....
Talking about blog, banyak benda kau boleh share and show off to the outside world. The moment u publish ur post, tak kisah ali kat atas tadi tu ada kat mana sekali pun sekarang, pastu plak dia baru beli ipad, terus la boleh baca ur new n3. Dah...pastu dia marah sebab kau ngumpat dia dalam blog. Dia pun komen something yang menyakitkan hati kau, dah jadi perang plak... sapa nak jawab???
Apa yang aku nak cakap sebenarnya, aku tak kisah apa pun reason korang buat blog, tulis blog, letak ads dalam blog, tak kira la korang blogger baru ke lama ke, blog korang private ke, public ke, blog jual barang ke, masing2 ada reason sendiri yang orang lain tak perlu nak pertikaikan.
Cari duit thru blogging is so not me. Habis tu apsal aku sibuk2 letak nuff ads kat blog aku eventhough nak dapat satu trafik sehari kat blog aku pun susah? Ikut suka aku la! I don't mind if no one reading my blog sebab blog aku ni is purely for myself menulis apa saja yang aku terasa nak tulis. lagi pun senang tulis kat sini, aku tak payah nak susah2 fikir nak backup or store my 'merapu-rapuan' sumwhr else (ada ke word 'merapu-rapuan' tu?????). Kalau tulis n keep in my local hd kang sure asyik hilang je, kejap2 kena virus, or kejap2 lupa simpan mana. Letak sini, kalau ada orang nak baca pun aku tak kisah, bukannya aku tulis benda2 secret pun.
Nway, i'm more than happy kalau ada yang suka baca blog aku dan terhibur baca cerita aku. TQVM to those people. Kalau ada yang tak suka, abaikan je lah. Aku rasa ianya takkan merugikan sesiapa pun.
p/s: semua nama dan cerita di atas adalah rekaan aku semata2, takde kena mengena dengan sesiapa pun baik sedara-mara aku or sedara-mara kau atau pun sedara-mara ali or sedara-mara minah

Tuesday, March 1, 2011

السلام عليكم or Good Morning

VS
Bila setiap pagi anda sampai di ofis,
apakah yang anda ucapkan sebaik saja anda membuka pintu ofis?
Susah ke untuk melafazkan salam terlebih dahulu?
Rasanya lebih elok kalau diucapkan kedua2nya.
Ataupun kalau anda memang pasti di dalam ofis ketika itu
cuma ada beberapa rakan muslim anda,
ucapkan sajalah salam,
kan lebih elok...

Standing in the eyes of the world

Salam World!

what a big gap! berapa hari dah tak update. Fail la... cita2 kalau boleh nak update daily tapi memang hampeh betul. Virus M ni agaknya dah bertempek2, tu yang jadi lagu tu... eh lagu apa plak nih??

Cakap pasal cita2, aku ada banyak cita2 masa kecik. Aku pernah nak jadi pramugari, aku nak jadi polis, askar, tentera laut, tentera udara, kalau boleh semua aku nak. Pernah jugak bercita2 nak jadi robot. Konon2nya robot tu ada power. Chehh tak senonoh betul, ada ke patut aku ingat robot tu memang terer habis, masa tu tak tau rupa2nya robot tu manusia gak yang buat.

Masa kat UiTM Shah Alam, aku join kesatria, aku jugak pernah jadi komander kesatria tu for 1 year je pastu masa final year agak2 bizi terus aku slow down dan quit terus. Masa tu dia nye training (sebelum aku layak digelar komander kesatria) buat kat Sirusa PD selama 2 minggu. So merasa gak la aku menjadi sorang tentera dekat kem tentera selama 2 minggu. Masa tu mana la aku kenal benda2 sunblock sume tu, habis 2 minggu, balik kampung, mak pak aku tak kenal aku sebab kaler dah tukar, dah legam sebab hari2 kena jemur tengah panas masa latihan kawad.

Apasal aku cerita benda nih? Sebab pagi tadi on the way pergi kerja aku dengar kat radio, hari ni adalah hari ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yg ke-78. Hari ni adalah hari ATM ditubuhkan iaitu pada 1 Mac 1933.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ATM ni, go to their official page kat ..SINI..

Layan jugak video ni...


p/s kalau tak silap early this year PDRM kata tengah buat kertas cadangan untuk bagi peluang professionals to be part of them, to assist them in apa2 area yang patut. I'm waiting for it. Hopefully impian aku untuk join salah satu armed force ni tercapai