Tuesday, November 9, 2010

Industrial disharmony & kerang

Salam..
apa plak kena mengena aku dgn benda ni? Macam berat je these 2 words kan. Industrial disharmony...rasa2 macam tak berapa nak faham pun ada....Diorang cakap diorang tak boleh hire aku n fren kerja sebab takut jadi benda ni. Hello!! dah tujuh tahun tau! tu cerita lama la... rezeki masing2 la kan. Apsal plak la ada orang yang nak dengki. what i do... masuk telinga kanan keluar telinga kiri, yang penting aku cari rezeki halal dan niat aku nak kerja sungguh2 with all my heart and soul.

Insyaallah aku will start keje next week. Alhamdulillah akhirnya penantian kami selama hampir tiga bulan ni akan berakhir dengan something yang membuatkan kami tersenyum lebar sampai ke telinga. Bukan takat senyum je...sengih ala2 kerang busuk pun ada.........

teringat makan kerang rebus kat tasik biru hari ahad lepas...sedap gak

Thursday, November 4, 2010

English Rose & tongkang pecah

Salam...
Buang tebiat kot aku menghabiskan beberapa RMsss dekat vantage nye sale semalam. Sejak bila pulak aku minat dengan bunga2 nih? Tak sabar tunggu rumah ni siap. Dah lama aku tak masak, lagi haru dah seminggu aku berkurung dalam bilik je. Nak buat camne debu satu rumah.

Wednesday, October 20, 2010

Selepas 4 bulan

Salam...
percaya atau tak, rumah ni bukan je penuh dgn habuk tapi spider web pun dah berselirat ni. Bayangkan 4 bulan kena tinggal, apa la nak jadi dgn tuan rumah. Ni la namanya hangat2 chicken drops. Iye2 je nak tulis blog tapi hampeh kau!

Dah nak masuk 2 bulan dah aku bukak ladang anggur tapi syok jugak dapat masak and kemas rumah utk famili. Hubby dgn bebudak pun seronok je sbb almost hari2 aku dapat masak utk diorg. Ye ke diorg seronok? ke aku je yg perasan sorang2. Tak kisah la janji aku dapat merasa jadi housewife sepenuh masa selepas 15 tahun kerja makan gaji. And bcoz of ladang anggur ni jugak la aku ada masa utk renovate rumah kami. Work in progress now tapi macam slow sikit la.....

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day !!

Salam...
To all Moms - Selamat Hari Ibu... specially to my MAK, YG THE BEST IN THE WORLD. I know everyone akan cakap mak diorg la yang paling bagus which actually memang betul because all Moms are great! ingat senang ke nak ngandung 9 bulan pastu pulak macam separuh mati masa nak bersalin. yang mati masa bersalin pun ada, macam yg aku dengar kat hotfm hari jumaat lepas... mak dia meninggal masa melahirkan dia..ikut cerita mak dia di bagi pilihan sbb ada problem masa nak bersalin tu... nak nyawa ke nak anak... mak dia pilih utk melahirkan anak sbb ajal maut tuhan yg tentukan. tapi dah memang umur mak dia sampai tu je... so mak dia meninggal lepas bersalin kan dia. See...

tapi walau camne pun takyah la tunggu hari ibu je baru nak ingat ibu. so paham2 sendiri la ek.... pesanan ni utk semua termasuk la myself. Sorg mak takkan pernah lupa anak dia walau seramai mana pun anak dia tapi anak yg ramai2 tu tak tentu lagi boleh ingat dan jaga mak sorg. 1 lagi pesanan penaja... bukan mak je...bapak pun kita kena ingat jugak. kalau bapak nye takde camne la plak boleh dapat anak nye ye tak :D

balik ganu...
weekend lepas aku balik t'ganu (rumah in-law) ada sedara kawin... punya la panas, takde hujan lansung, unlike KL hari2 hujan. tiap kali balik t'ganu mesti nak beli keropok tapi this time aku cakap ngan hubby takyah beli sbb selalu beli tapi tak pernah nye habis, membazir je. lagipun aku dah ada supplier keropok sekarang, hubby's fren....sedap keropok dia. so tiap kali dia balik kg kirim dgn dia je...lagi senang.

today..
ari ni aku bersepai2 kat opis... pagi tadi bz jap sbb ada sev2 tiket...kesian plak tgk new vendor tu terkial2 tak tau benda nak buat. tolong la diorg sat.... ptg ni aku reali free... ni yg boleh merapu jap

esok..
esok hari selasa, aku nak cuti. hubby aku pun cuti sbb aku yg ajak... hahahha
1. nak p jpn - nak update thumbprint. Nape? sbb thumprint aku byk pecah2...dah tak valid... waaaa.... ko dah cacat la........ tu la yg my fren ckp masa thumbprint aku kena reject masa nak draw epf utk unit trust. Betul ke? cacat ke aku????
2. kalau yg no. 1 setel cepat, pastu aku nak p tgk ironman!!
3. kalau sempat n ada masa lagi...pas tgk ironman nak p pavillion plak. aku ada voucher rm1200 utk ditukar dgn apa2 pun barang kat the tangs pavillion. Mana dapat? 15 years service award from the company. Wahhhh lama dah aku keje ek... 15thn beb!

adios!

Thursday, May 6, 2010

bz....

Salam...
see.. how lazy i am to update this blog :P

Btw... esok will be the 1st day for the new vendor to do primary support for the infra ops. Tapi at the same time myself and the current NW team masih lagi bz with all the new request from customer. Camne tu? By right kitorang ni dah tak patut rasa bertanggung jawab for whatever jadi kat this account. Tapi tu lah... payah nak buat2 sombong or buat tak tau sbb my heart masih lagi di sini and i am still very loyal to this company eventhough dah 2 kali kena jual. Siang tadi was a very bz day. Pagi petang mtg. Just imagine... 4 different mtg in a day. Boleh tak kalau aku nak buat2 demam so leh ambik mc esok?

Monday, May 3, 2010

salam..
dah lama tak kena call malam2 sbb prob kat opis. lagi 2-3 hari je dah the new vendor will be the primary support for infra ops, tunggu je la... malam ni plak la dia nak problem. now kul 2.30am, my coll kat opis tgh check the prob... i plak tlg support from home. apa nak buat... nasib badan. tak sabar betul nak lepas kan sume bende2 ni selepas 15years. tapi maybe jugak i will miss all this....


Friday, April 30, 2010

Day 3


Salam..
hmmm pagi2 lagi dah rasa takde mood nak keje... kalau dapat cuti... p shopping ke sure best ni....

haaa.. ni nak tunjuk gambo my 2nd daughter. She's 7, baru seminggu ni pakai spec.... dah rabun... tu la suka tgk tv dekat2...




Wednesday, April 28, 2010

Day 2

Salam...
ada my coll yg dah dapat offer letter from the new vendor who is taking over the job from us. As for myself... hmmmm............that's not what i want... am waiting for an offer from the other party. Harap2 apa yg di'verbally' agreed akan di hitam putih kan very soon. Tapi worry jugak, dah jadi trademark, janji melayu ni payah nak laku. whatever it is.... i'll just wait n see. Stay here till the end pun ok jugak, rileks je....gaji jalan beb!

Haa lupa nak cakap, gambar dekat my profile tu actually my daughter, the 1st one. She's 12 now. Actually going to be 12 on 8 Sep. Dia punya birth date cantik... 8 Sep, 1998. Kalau di shortcut kan - 8998. I feel worry, takut, everytime looking at her. Macam org selalu cakap, jaga anak dara sorg lagi susah dari jaga kerbau sekandang. Tapi i never know camne rasa jaga kerbau sekandang sbb tengok kerbau pun jarang2...

well... gotta go. sleepy daaa! i'll tell u abt my 2nd daughter next time.... ciao!!

Tuesday, April 27, 2010

Day 1 - 270410

Salam...
Dah lama rasa nak ada blog sendiri, macam orang lain.... tapi nape ek? For whatever reason aku dah nekad nak start jugak this blog eventhough lepas ni tak tau apa yang aku nak merepek kat sini