Friday, February 25, 2011

Kerna Terpaksa.... Kau kukorbankan. 2 IN 1.

Salam world!

Sebab kau, aku tak tidur 2 malam lepas.
Menangis, merintih keseorangan.
Baring salah, duduk pun salah... serba tak kena.
Rasa macam nak tumbuk2 dan ketuk2 kau dgn tukul besi malam tu jugak.
Masa tu aku rasa memang aku tak perlu kan kau lagi dah.
Pergilah mana kau nak pegi pun,
jangan ganggu aku lagi.
Aku tak sanggup!
Aku tak sanggupppppppppppppppppppp!!!!
Kenapa kau degil sangat hah???
aku cakap jangan ganggu, jangan ganggulah!
ke kau nak aku cakap bahasa german??
makan tahun plak la aku nak belajar
tolonglah...
aku merayu ni
jangan la ganggu aku......................

Dan akhirnya pagi menjelma
dan kau masih di situ
mengganggu.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Dr. Singh: Cik, dah tak boleh tolong dah ni
Aku: habis tu nak buat apa Doc?
Dr. Singh: kena buang lah
Aku: Argghhhh besarnya jarum!!!

Dan akhirnya,

walaupun kewujudan mu membuatkan aku sengsara
tapi tetap terpaksa kau ku lepaskan
tanpa rela.

Babai gigi geraham ku !!!





Bonus - 2nd story

Sambil menunggu nama aku dipanggil untuk jumpa dentist semalam, aku belek2 la majalah yang bersepah kat atas meja tu. kagum gak... Dental Clinic Ng N Singh tapi diorg letak kat meja tu few majalah Al-Islam. Kan bagus kan macam tu....

Apa yang aku nak story is about an article yang aku baca dalam one of the magazine, Al-Islam tahun 2010 tapi aku tak perasan sangat bulan apa punya. It's about halal and haram dan aku rasa aku patut share benda ni.

Macam mana nak tau samada makanan yang kita makan tu ada dicampur arak or lemak babi? These 2 things yang aku ingatlah,
  • Bila kita makan kenyang dan sendawa, selalu angin sendawa tu keluar ikut mulut kan, tapi kalau angin tu keluar ikut hidung, tandanya makanan yang kita makan tu ada dicampur arak.
  • Selalu makan kat warung kan? Selalu tengok tukang masak tu goreng sampai ada api terbakar dalam kuali kan? Tengok kaler api dia tu, kalau merah means ok, tapi kalau api dia kaler biru means ada dicampur lemak babi. lemak babi ni berfungsi utk bagi makanan tu tahan lama dan kalau goreng benda2 macam kerepek ke keropok ke, kerangupan kerepek/keropok tu pun akan bertahan lebih lama juga. So fikir2 kan lah..

p/s: images semua atas ihsan atuk google.

Tuesday, February 22, 2011

Lalat VS Langau

Salam world!

Kenapa dan apa ada dengan 2 spesis ni? chewahh ala2 "apa ada dengan cinta" je... Aku try ambik gambar diorg tapi diorg tak tau duduk diam, so tak dapat lah aku nak tepek gambar diorg kat sini. Well i guess i shudnt call them diorg, definitely they are not human. So shud i call them dialalatlangau?? please la...too long.... nvm forget it. Aku bukan nak story pasal dialalatlangau pun.

Apa yang aku nak cakap is about ofis aku yang bising macam lalat langau hurung sampah, macam bunyi pasar borong pun ada. Not everyday macam ni, tapi yang aku perasan bila makcik sorang tu ada, sure havoc lah ofis. Dia ni dah la banyak mulut pastu suka cakap kuat2, mungkin dia rasa semua orang patut dengar cerita dia, which I rasa sepatutnya tak patut... wah amende aku cakap??

Dekat ofis lama pun ada yang perangai macam ni, lelaki pulak tu. Kalau time dia call wife dia, habis satu ofis dengar. Yang nak pergi mana, Yang tengah buat apa, Yang nanti macam ni macam ni, Yang nanti macam tu macam tu, Yang jangan itu, Yang jangan ini, Yang bla bla bla.... penat weh dengar!

Agaknya kenapa diorg macam tu? sebab nak get attention ke atau sebenarnya diorg tak perasan or tak tau apa yang diorg buat. I mean diorg tak perasan yang suara diorg tu kuat. Kalau cakap hal biasa2 je takpe la jugak, ni cerita dalam kain pun keluar sekali. Kan memalukan diri sendiri nama nya tu. Ada la member yang pernah tegur tapi kalau benda tu dah jadi habit dan dah sebati dalam diri tu memang payah sikit la nak ubah.

Makcik kat ofis ni pulak tak pernah la aku dengar ada orang cuba tegur dia. Aku pun baru kat sini, nanti orang kata memandai2 plak. Orang lain tak kisah, aku yang baru ni plak sibuk2 nak tegur... apa hal? Since it doesn't happens everyday, because makcik ni tak selalu ada kat ofis, selalunya dia kat tempat user, not so bad lah sebenarnya. Most of the time, the ofis is quite aman bahagia, tapi kenapa aku terpanggil untuk story benda ni today, because it happened yesterday afternoon. Others dah stop cerita pasal diorg nye outing weekend lepas tapi dia plak tak habis2 lagi cerita. Ada je benda yang dia nak flash back. Cukup2 lah makcik oii....

Btw, aku rasa makcik ni or the guy tadi tu takde kena mengena lansung dengan lalat or langau tapi aku rasa, bila diorg dah start bercakap it makes me feel kena hurung dengan lalat or langau, bisinglah!



p/s aku teringin nak p tengok teater terima kasih cinta tu tapi tak berkesempatan lah, nampak macam best je...

Saturday, February 19, 2011

Dari Ku untuk Mu



Saya suka bermain basikal. Saya suka membaca buku cerita Upin dan Ipin. Saya suka makan ayam goreng. Nama saya Nur Khalisah Qistina. Saya tinggal di Bandar Tasik Puteri. Saya sekolah di SK Bandar Tasik Puteri. Kawan saya nama Siti Sarah. Saya ada sepupu nama Mimi. Dia tinggal di Kuala Lipis. Dalam kelas saya ada 36 orang. Cikgu saya nama Aini binti Ghazali. Saya kelas 2Setia. Guru seni dan sains saya nama Safrin bin Jamil. Guru matematik saya nama Hasmida. Guru english saya nama Anida Idayu. Saya ada banyak kereta hotwheel. Kakak saya bernama Nur Amirah Qistina.


p/s : An N3 by Adik. Dia cakap, aku tolong type je.

Thursday, February 17, 2011

JIKA... ANDA ADALAH...

Salam & Good Morning world!!

C&P this from here. Thanks a bunch to the owner.

Menarik dan sungguh memberi inspirasi.

Wednesday, February 16, 2011

Timang Burung

wahh i got > 1 N3 today!!
Here is the note for this gamelan song called Timang Burung. Huhh korang ingat aku timang burung apa hah???

- 5 5 2 3 2 3 5 - 3 5 6 5 3 2 5
5 1 1 2 2 1 1 5 5 1 1 6 6 1 1 3
- 5 5 2 3 2 3 5 - 3 5 6 5 3 2 3
3 1 1 2 2 1 1 5 5 1 1 6 6 1 1 3
- 3 2 1 1 2 3 1 3 2 1 1 5 6 i 2
3 1 1 i i 1 1 i i 1 1 i i 1 1 2
- 2 2 3 6 5 3 2 3 2 1 1 5 5 3 5
2 1 1 3 3 1 1 2 2 1 1 i i 1 1 5

I played the SaronBarong lagi hari ni. cikgu kata kena main the same instrumen sampai expert dulu baru boleh tukar instrumen.

Simply merapu

Salam dan Selamat Pagi.
(Chewahh bunyi ala2 baca berita jek....)

Agak2nya hari ni ramai orang baru start kerja ke selepas bercuti CNY?? Apa taknya, for the past 2 weeks jalan was so OK, 10-15mins aku dah sampai tol rawang tu. Tapi hari ni it took me 1hour10mins to reach the tol. Nasib baik drive kereta auto, kalau tak... mau krem kaki aku tekan clutch. 9 lebih baru sampai opis tadi.

A bit tepu rasa sebab tak tau apa nak cerita, bukan takde yang interesting happened last few days, banyakkk... tapi rasanya aku was not born to be a blogger LOL. Tapi paksa jugak menulis, tengok apa dah jadi? berdebu dah rumah ni kena tinggal beberapa hari.

Lemme point out few things that had happened the past few days
  • Saturday - morning hubby p cycling, aku duduk rumah je dgn anak dara 2 orang sebab petang ada fren nak datang rumah so aku duduk rumah kemas rumah dan masak je la sikit2 utk tetamu yang nak datang. Aku masak sup tulang + tomato makan dengan makaroni, lengkong sirap + buah barli, muffin choc rice/chip, air sirap bandung cincau, air barli n ayaq gas (sarsi n rootbeer, yang ni aku beli la, fav kawan aku ni)
  • Sunday - aktvt bermalas2an diwaktu pagi. Petang keluar ke PJ, dah booking nak test drive tucson. Janji kul 2 tapi kami sampai kul 3, budak salesman yang kami janji tu pun takde, tapi kami dapat jugak test drive dengan the other salesman. Cuma tak puas hati sikit sebab pusing dekat2 situ je, tak dapat nak fully test the power. Made another appointment to test sekali lagi. Lepas tu pergi makan roti sebesar dulang dekat 1 kedai pak arab kat plaza Millenium kalau tak silap. Sekeping roti bolah makan 1 family. Cicah dia boleh pilih, nak kambing ke ayam ke atau pun benda lain, yang aku tak paham baca kat dalam menu dia tu. Sedap jugak, boleh pergi lagi next time. Tapi watch out.... pegi situ kena cakap arab tau! Kidding lah, diorang can understand english sikit2 dun weri....
  • Monday - kerja la.... it was not a busy day tapi aku saja malas nak update.
  • Tuesday - Selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Petang keluar p kedai perabot. Konon2 nak cari sofa baru sebab ada dapat pamplet kata ada sale besar2an kat kedai dia kat rawang. Not bad, berkenan kat 1 sofa tu, nyaris2 dah nak beli tapi bila mintak toke kedai tunjuk sikit camne nak buka, nak cuci sume tu, terus rasa hampeh sebab messy betul, jahitan dia tak semiak* lansung. Terus tak jadi. Pastu p makan KFC, bebudak requested, makan fish donut..... eh betul la tengok mak nampak ikan!! kata adik..... kuang3x

Sori la ari ni takde gambar lansung. Eh lupa pulak, ada ke yang tak tau tak semiak* tu apa? Aku pun tak tau nak translate to another word yang semua orang faham tapi bagi aku maksud dia ala2 memang teruklah

Friday, February 11, 2011

'Tomyam'kan PSM


Salam & Good Morning world!
Aku memang penggemar tomyam so bila bukak twitter n nampak tajuk ni...



memang la bagi aku catchy sangattt...

Aku pun klik la tengok... ooo rupanya PSM tu Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Maaf la, aku ni memang bukan jenis orang yang follow sangat sport2 ni.

Apa cerita sebenarnya?? Rupa2nya diorang nak ambik jurulatih Thailand sebagai perunding kepada skuad Takraw negara kita ni. Tu pasal la dia panggil resepi tomyam. More story, klik.. SINI


Thursday, February 10, 2011

Yang mana satu idaman kalbu

Salam & Good Morning world!

(Gambar ihsan atuk google)

Malam tadi dah test drive captiva, weekend ni nak try test tucson laks.
Later2 aku kasi update which one is the best.
Aku tau kalau honda fans mesti kata go for crv lah tapi bagi aku kereta tu dah ramai sgt org pakai, dah tak best...
huah huah huah berlagaknya aku!

Wednesday, February 9, 2011

SaronBarong

tadaaaa........ ni la bendanya. Tau tak menatang apa ni? Ni la salah satu alat muzik dalam gamelan, nama dia SaronBarong. Benda ni la aku main masa lunch break tadi. Saja la ikut member pergi training tup2 aku pun dapat peluang main sekali. Syok jugak tapi ketar gak tangan, pengetuk dia tu (aku tak tau nama apa) boleh tahan berat dia. Aku rasa next week aku nak follow lagi lah. Try2 asah bakat main muzik tradisional plak (chewahhh ayat...macam la kau pandai main alat muzik lain).

(gambar ihsan atuk google)

Tuesday, February 8, 2011

Persoalan tengah hari

Salam....
Aku ni jenis orang yg suka tengok gelagat orang, the way orang dress up, the way orang makan, bercakap, berjalan etc etc. Masa lunch tadi aku jumpa few x-colleagues yang dah lama jugak tak jumpa. Aku tengok diorang ni ada yang body still maintain je lagi cam 7 tahun dulu. Ada gak yang dah macam kena pam tapi ada gak yang makin melidi. Ada jugak tu yang muka tak berubah lansung, maintain cam 7 tahun dulu jugak. Agak2 diorang tengok aku plak macamane ye.....

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

1)

.
3) SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
.
4) Dah.....
.
p/s rasanya umur my blog dah nak setahun tapi n3 ada lapan kerat je n this is the very 1st time i buat benda2 ni. TQVM to Mat Gebu-DTS yang memberi inspirasi...wahh kau!!!

Hasil dari peluh yang menitik tus tus


(gambar ihsan atuk google)

Salam n Good not so morning!

just got my very 1st full 1 month cheque this morning. Scooby-dooby-doo.............
last month separuh je sbb start keje tengah bulan :P

Wednesday, February 2, 2011

I tot i saw a pussy cat!


I've started tweeting!! Find me there (Zni My) ....
Baru belajar merangkak daa...

(gambar ihsan atuk google)